Saturday, May 18, 2013

Sisipan Dalam Kehidupan

     Apa yang nak diceritakan oleh saya kali ini adalah kisah benar yang berlaku kepada kawan saya. Saya harap semua orang dapat mengambil iktibar dengan apa yang nak disampaikan. Sehebat mana pun kita, sepandai mana pun kita, sebijak mana pun kita, kita tidak dapat lari dengan ketentuan yang Maha Esa. Apabila berlaku sesuatu kepada kita di mana kita tidak pun merancang ia terjadi namun ia adalah perancangan yang hebat dari yang Maha Esa. Manusia hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakkal. Allah sahaja yang dapat mengubah takdir kita. Jangan dianggap Sang Kura-kura tidak boleh menandingi Sang Arnab. Itulah yang diibaratkan dalam kehidupan kita. Jadi beginilah apa yang digambarkan saya tadi. 

MY FRIEND'S STORY


SPM...Saya juga menempuh SPM macam2 adik semua..SPM 2010... Alhamdulillah, dengan rezeki Allah, saya berjaya mendapat 8A2B dalam SPM.. Memang tidak dijangka..Ini rezeki Allah SWT..Mungkin kerana kesusahan yang diri ini alami, menjada ayah yang terlantar di ICU semasa peperiksaan SPM...Dimulai dengan Kertas BM dan diakhiri dengan Kertas Biologi..Semuanya belajar di sebelah ayah, di katilnya di Hospital Seberang Jaya, P.Pinang...

Selepas keputusan SPM keluar, wajiblah bagi pelajar semua memohon UPU da juga Matrikulasi pada sebelumnya.. Di hati mulai memandang inginkan jalan singkat dan pantas ke Universiti.. KMS diletakkan pilihan pertama, KMPP pilhan ketiga..Untuk UPU, UPM pilihan pertama dan UNIMAS pilihan kedua untuk program asasi...

Setelah keputusan pengambilan Matrikulasi dan UPU diumumkan...
Alhamdulillah, KMPP dan Asasi Sains Pertanian telah ditawarkan masing2 untuk Program Matrikulasi dan UPU... Hati mulai mencari pilihan...Pilihan pantas dan singkat... Aku memilih UPM tanpa memikirkan KMPP..Aku memandang enteng dan juga 'menghina' KMPP..Kataku ia tiada class, hanya seperti di sekolah, life x syok compare to Universiti... Why U, Ini UPM kot..Life mesti best.. Aku dh ada di U... Mau tak mau nnti aku nak masuk U gak..Buat apa pi Matrik...Tak da class.. Bila dh abih Asasi, UPM terus akan grab aku..Tak yah apply UPU...Senang..Setapak di U dh..Semasa berjumpa kaunselor sekolah untuk urusan dokumen dan borang2, rakanku 8 org semuanya ke KMPP, manakala aku memilih UPM...Aku mengabaikan kata2 mereka...Dan berkata kepada mereka : Hangpa sambung sekolah..Aku U...hahaha... Balas mereka : Hang xpalah pandai..Tapi xpa, nnti kami pulun bagi dpat elok!!Aku memilih UPM sebagai pusat pengajian selepas SPM..

Setelah di UPM...
Asasi Sains Pertanian : Meh sini nak terang sikit..Cara belajar sama cam Modul 1 Matrik..Ada Fizik,Kimia,Biologi,Matematik,English For Academic Purposes,ICT dan juga Sains Pertanian..Sukatan pelajaran di adalah sama seperti STPM...Setahun sahaja pembelajaran, tapi ada 3 sem...

Gah juga hidup di UPM ni..Serdang... Tak jauh dri KL..Outing leh gi The Mines atau naik komuter gi Mid Valley..Life best..Environment luas... KAwan2 best.. Hidup bebas..Kuliah,amali,tutor semua xyah pakai baju formal..TSHIRT, jeans ngan CROCS pun boleh.. Hahaha.. Memang seronok pengalaman di U ni.. Tapi satu ja xbest..Belajar xfaham.. Lecturer, maaf, seriously:CEKAK PINGGANG, TEKAN SLIDE,BACA SLIDE,PUM PAM PUM PAM HABIS..Sepatah apa pun xfaham..AYAT LAST : ANY OTHER QUESTIONS? IF YES , PLEASE MAKE THE APPOINTMENT BEFORE SEE ME.(something like that).. Saya asal dari sekolah harian ja..SMK SRI MUDA,PENAGA, PULAU PINANG..Tidak biasa dengan pembelajaran sebegitu..dan juga kehidupan yang terlalu bebas ni kurang sesuai dengan jiwa ANAK KAMPUNG seperti aku ini.. Bukan saya seorang ja tak faham, kawan2 kuliah n roomate pun xfaham... Nak jumpa kena wat appointment..Dah jumpa kena marah pulak sbb xfokus masa kuliah..Nak bahas pun, kena guna buku2 International..Mader, Campbell, Serway,Smith,Chang n segala bagai... Jiwa rasa xkena...Sebab dh xfaham sangat...Istilah dh lain..Kalau dulu di sekolah, pengiraan ringkas,formula ringkas.. Tapi still boleh guna nak selesaikan soalan2 di Asasi ni..Tapi, totally rejected by PROF in sense sebab xcomplete, ringkas sangat n even PROF cakap "cara org BO___H"..Ya Allah SWT, sabarkanlah hatiku..

Sebulan di UPM...
21 Jun-25 Jun 2011 : Tarikh Ujian Penilaian Asasi 1...
Dh sebulan di sini, tapi xlah faham sangat topik pembelajaran kat sini..Tup tup, dah Ujian..Macam mana ni... Aku mulai gelisah..Resah..Nak jawab apa test ni... Kawan2 dh terang pun xfaham...Baca buku sgt2 pun kurang faham gak..Urm, macam mnaaaaa ni... Solat xkena, baca Al-Quran xkena, call Mak Ayah xkena...Diri mulai memikirkan cara mudah...Aku give up arr study sini.. Nak berhenti arhh.. Call Mak, Mak cakap :Jangan Leh, belajar ja...Peluang sekali ja..Pulun lagi.. Macam mana ni mak...Orang dh xleh sgt2 dh nie... Mak : Stay ja sana..belajar lebih lagi...FULL STOP

Hati cakap: Aku xkira...Aku dah give UP...Aku nak berhenti belajaq...Aku nak LARI UPM..Tak kira..Aku nak balik, nak balik juga...Nak jumpa MAK AYAH..NAK PELUK DEPA.. Abah dah la sakit..Aku nak jaga abah sama..Aku tekad mengambil keputusan.. AKU LARI...Berjalan kaki drpd Masjid UPM, ke Stesen Bas, Ke Stesen Komter Serdang, Transit di BTS, naik LRT ke Pudu Sentral dan balik ke Butterworth..Sedangkan malam itu, ada test paper Agriculture.. Rakan2 kuliah call, Leh, knapa xmai amik test...Aku balas: Aku balik ada hal... Ingat Leh, PROF RAHMAN nak 10 sebab kenapa hg xmai amik test! Okey, xpa..No hal...Aku pulang ke rumah dgn hanya berbekalkan dompet dan telefon bimbit,sehelai sepinggang..

Balik di rumah...
Mak: Soleh, kenapa hang balik... 
Saya :Mak, kami nak berhenti belajaq... 
Mak : Hang jangan brhneti belajaq..
Abah : Hg xmau UPM xpa, tpi hang kena belajaq gak..Kita pi tgok Kolej2 Swasta ka, UITM ka, Form 6 ka...Asal hang belajaq..
Saya : Xpalah, bagi kami rest dulu..Fikiran sangsi..

Aku buntu..Kenapa aku tekad sangat nak lari UPM sedangkan tu first choice aku..
Aku nak wat apa pasni kalau aku berhenti belajq..Nak kerja kilang ka full time...
Buntu..Tiada hala tuju...Kepada Allah SWT ku berserah.. Tiba, datang satu panggilan...Cikgu Aziah, guru Fizik SMKSM...Guru aku.. 

Cikgu : Solehin, macam mana belajaq kat UPM..Mesti best kan..Fizik okey?
Saya : Okey cikgu... Cikgu, saya ada benda sikit nak cakap ni..
Cikgu : Ha, kenapa..
Saya : Saya lari cikgu..Saya lari UPM..Saya ada kat rumah lani..
Cikgu : Solehin, kenapa? Awat ni..
Saya : Cikgu xdak idea ka cikgu..Saya buntu ni..Saya nak berhenti UPM..Tapi 
still nak belajaq.. Tak mau berhenti blajaq...
Cikgu : Kejap, saya call sorg ni..Satgi saya call awak balik..

TUNGGU SEJAM 
Cikgu : Solehin, saya dh call seorang pensyarah ni... Dia sepupu saya.. Nama dia _____________________.. Dia pensyarah Matrik..KMPP.. Awak dapat KMPP kan dulu.. Nama awak masih ada dalam sistem.. Minggu ni last sebelum data tu dipadam daripada sistem..Esok awak kena daftar di KMPP dan awak juga perlu serahkan surat berhenti daripada UPM untuk pendaftaran nama...

Saya : Ya Allah, okey cikgu..Boleh2...Esok saya pi..
Cikgu : Saya bawak awak esok.. Mudah cara..Kesian kat mak ayah awak pulak
Saya : Ya Allah, terima kasih cikgu..

MULALAH KEHIDUPAN DI KMPP
Aku menjejakkan kaki di KMPP..Tempat yang ku hina sebelum ini..Aku menolaknya tanpa berfikir... DAN TANPA ISTHIKHARAH kepada ALLAH SWT.. AKu mendaftarkan diri dan terus bergegas ke UPM untuk mendapatkan SURAT BERHENTI BELAJAR dan mengemas barangan untuk dibawa pulang ke UPM.. Hati sangat sdih meninggalka ROOMATE yang juga rakan sekuliahku.. DIN, EBIT,WAK,CAPCAP,AFIQ...Sekali lagi aku menangis meniti perpisahan dgn sahabatku...

Aku berdaftar secara rasminya sebagai PELAJAR KMPP pada 27 Jun 2011.. Tarikh ini sangat istimewa bagiku.. Kerana 27 Jun adalah HARI LAHIRKU..Tidak ku sangka, aku bergelar pelajar KMPP pada ulangtahun HARI LAHIRKU..Sungguh manis dan cantik percaturan ALLAH SWT kepada diri ku..
Aku ditawarkan MODUL SATU PST : KULIAH H3P7..Masuk masuk, terus tutoran..Subjek Math..Cikgu Siti Eishah Ishak.Aku diperknalkan kepada rakan praktikumku..Smua baik2 blaka..N Cop cop ada Kuiz 1.. Tajuk Linear Inequalities n Absolute Value.. Ternganga aku.. Cikgu Eishah tanya, awak tak belajar ka sebelum ni..Aku terdiam..Dah belajar cikgu, tapi xfaham..Sana belajar lain sikit.. Complex Number tu ada sampai Argand Diagram..Xsama sgt.. AKU BAJET..haha
Takpalah nnti jumpa saya, saya terang lain.. TERHARU AKU..TAK JUMPA LECTURER MACAM NI KAT UPM..YANGG DIRINYA SENDIRI OFFER NAK AJAR KITA>>>INDAHNYA TAKDIR DAPAT KE KMPP..Masuk Kuliah pula, Kuliah FIZIK..Cikgu Sakiman.. Memang terkejut arr.. Sana belajar chapter lain terlebih dulu, tapi kat KMPP dah lajak ke mana ntah..xsama langsung..AKU BLURR LAGI...Macam mana nak catch-up ni.. Aku tekad sekali lagi.. Aku terpaksa ubah semula fikiran aku... Aku perlu belajar dari awal.. Dan aku tahu Matrikulasi ni terbahagi kepada dua, iaitu Program PST dan juga PDT.. Aku ingin transit ke PDT... 

Aku berjumpa HEP.. Disoalnya bertubi2..Disemaknya keputusan SPM ku..8A 2B, result kamu ni xlayak PDT..awak kena stay PST... Rugi masa awak nnti.. AKU TEKAD SEKALI LAGI..

Saya : Cikgu, saya tekad..Saya nak tukar ke PDT juga...Saya nak belajar dari awal n saya nak faham kembali apa yang saya perlu faham.. 
Cikgu : Xboleh, awak kena stay PST..PDT makan masa awak nnti..
Saya : TIADA GUNA BELAJAR PANTAS DAN SINGKAT SEDANGKAN KITA XMAMPU MEMAHAMI NYA DGN MENDALAM DAN DETAILS...SAYA RELA MASA SAYA DI MATRIK INI LEBIH LAMA, ASALKAN SAYA FAHAM...SAYA JANJI SAYA AKAN PULUN BAGI DAPAT YANG TERBAIK.. KALAU CIKGU XBENARKAN, KEGAGALAN SAYA ADALAH BERPUNCA DARIPADA CIKGU DAN CIKGU PERLU TANGGUNGNYA... (Agak kasar di situ)
Cikgu : Xpalah..Saya luluskan...

Alhamdulillah..Aku ditukarkan ke PROGRAM DUA TAHUN..
KULIAH DH1...PRAKTIKUM P2... DH1P2.. Hari first sebagai PDTians, aku bergerak masuk ke kuliah Biologi yang disampaikan oleh Puan Siti Aliza..Semua mata memerhatikan ku... Aku diminta memperkenalkan diri... NAMA DIBERI MUHAMMAD SOLEHIN BIN ABD GHANI, ASAL BAKAR KAPOR, PENAGA,PULAU PINANG..SEBELUM NI BELAJAR DI UPM..KENAPA BERPINDAH :RAHSIA..MENJAGA AYAH..

Bermulalah kehidupan di KMPP sebagai pelajar PDT sehinggalah tamat pengajian pada 30 April 2013 yang lalu..Pembelajaran di sini, sangat sweet..Seronok..sebab kita bebas memahami sesuatu perkara dengan mudah, boleh bertanya kepada lecturer yang lebih gemar dipanggil CIKGU...Kehidupan dan pembelajaran nya adalah di tengah2..Nak kata sekolah pun tak, nak kata U pun x..Ia di tengan2.. Peralihakan yang sangat sesuai kepada pelajar lepasan SPM yang tidak mahu kejutan budaya yang terlalu ekstrem...Alhamdulillah, telak ku buktikan selama tiga semester di KMPP ni, aku berjaya mendapat CGPA 4.0..Doakan lah diriku untuk keputusan exam semster 4 ini..Amin




PENGAJARAN : 


1. JANGAN MEMANDANG HINA ATAU MENGENEPIKAN SESUATU PERKARA TANPA KITA SELIDIKINYA..(contoh : dapat matrik,terus tolak tanpa kenal apa itu matrik)
2. SENTIASA BERUSAHA DAN BERGANTUNG HARAP KEPADA ALLAH SWT..YANG PALING PENTING, ISTHIKHARAHLAH KEPADA ALLAH SWT MEMBUAT PILIHAN..
3. JANGAN SUKA SESUATU YANG MUDAH, SINGKAT DAN RINGKAS SGT2.. (BIARLAH PERLAHAN DAN LAMA, TETAPI FAHAM DAN SELAMAT, BIARLAH SUSAH ASALKAN KITA BERUSAHA LEBIH UNTUK MENCAPAINYA)
4. JANGAN BANGGA DIRI DAN UJUB
5. SENTIASA KUATKAN DIRI 

SENYUM SOKMO...