Tuesday, February 21, 2012

Lilin Yang Menghangatkan Jiwaku Ini ! !

Salam, minggu-minggu ini berlalu dengan begitu sahaja. Awan pun turut merubah oleh angin yang berlalu. Jiwaku semakin bergetar dengan nasibku ini. Aku seorang insan yang penuh dengan kesilapan. Hidup harus diteruskan walaupun ombak harus kuredahi. Murabbiku selalu berkata bahawa hidup ini umpama lilin. Jika kita tidak menjaga api lilin ini maka ia akan terpadam dengan begitu sahaja. Api itu bagai semangat yang membara yang mengalir keseluruh jiwa ini. Terpadam ia maka terpadam juga semangat yang ada dalam jiwa ini. Tapi sampai bila harus menunggu untuk api itu HIDUP kembali. Api itu akan terus menghangatkan kita jika melakukan segala apa yang kita miliki untuk mengekalkan kehangatn itu.

Lilin juga boleh diumpakan sebagai agama kita iaitu AD-DIN(Islam). Mengapa harus dikaitkan lilin dengan Islam ? Satu persoalan yang bermain difikiran ini. Haruskah aku menyamakan ia ? Salahkah ? Biarlah kerana aku cuba untuk menyampaikan apa itu Ad-Din di mata orang Islam. Lilin ibarat sebuah negara Islam. Apinya menghangatkan seluruh negeri yang berada dalam negara itu. Api ini membawa semangat ke dalam jiwa-jiwa hamba Allah yang bernama Insan. Semangat untuk menjulang Islam di persada dunia. Mampukah kita ? Cuba kita lihat kepada lilin. Apinya bergerak mengikut arah angin bertiup. Kita lihat semangat yang ditunjukkan api itu. Walaupun angin itu cuba untuk memadamkan ia tapi api itu terus berusaha untuk bangkit dari tiupan angin itu. Akhirnya api itu berjaya bangkit dan masih menghangatkan malam yang sepi tanpa lampu minyak tanah.

Walaupun syaitan dijadikan dari api tapi tidak semestinya kita menyokong syaitan. Belajarlah dari musuh kita dan bukan mengikut apa yang dibuatnya. Lilin mampu menjadi penerang alam ini jika kita begitu menghayati makna sebenarnya. Sama-sama kita renungkan jika kita mempunyai semangat seperti api lilin itu. Ujian yang datang dalam hidup ini harus ditempuhi walaupun kita berada dalam apa keadaan pun. Cuba kita ambil ujian dalam hidup kita ini sebagai halangan yang dihadapi Sang Api Lilin tadi. Kita harus bangkit selepas kita tersungkur. Muhasabah balik diri kita yang penuh dengan kelemahan ini. Nilai diri kita ini. Kita kata kita hendak membaawa Islam. Kita kata kita hendak membela negara Islam. Kita kata kita nak berjihad. Kita kata kita nak ajar budak-budak nakal. Kita kata semua yang ada dalam fikiran kita. Tapiiii !!!! Kau dah tarbiyyah diri kau menjadi seorang insan yang penuh dengan penghaytan islam ? TAK KAN ? Kau dah berjaya untuk memperoleh kejayaan di mata masyarakat iaitu akademik ? Sudahkah kamu ? Kau dah hindarkan diri dari mencaci orang-orang yang lemah dari kau ? Dah Ke ? Kau dah buang sikap ego, angkuh, bangga diri, mengumpat, hina cikgu ? Nilai balik dirimu itu wahai pejuang-pejuang Islam yang dirahmati Allah sekalian.

Betapa pentingnya untuk kita menjaga diri kita dahulu untuk menjadi seorang yang berjaya untuk mencapai Akademik yang mantap. Caranya ialah kita mantapkan pentarbiahab diri yang dikotori dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan tanpa disedari atau sengaja dilakukan. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sungguh bijak Allah mengatur alam ini. Dia memberi kita ujian untuk kita hadapi Dia memberi kita peluang setelah kita jatuh. Bangkitlah. Jangan dipersiakan bakat yang kamu ada. Jangan lupa ilmu-ilmu yang kamu pelajari selama ini. Semuanya terserah kepada diri yang masih mempunyai hati yang penuh suci, hati yang penuh keinsafan dalam diri. Jangan sesekali kamu tertewas dengan diri sendiri lagi. Apa guna hidup ini jika bukan untuk pencipta yang tidak meminta satu sen pun dari kita dengan oksigen yang kita hirup dengan penuh nikmat ini. Sedarlah. Lilin mampu mendorong semangatmu Wahai Jundullah !!