Tuesday, July 7, 2009

Perjuanganku.....

Aku percaya ramai sekali muda-mudi Muslim yang mengalami dilema ini yang juga pernah dilalui oleh diriku sendiri….oleh itu aku berasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang dihadiahkan oleh sahabatku……

“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, belakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah pula yang aneh dan pelik!.”


Begitu keluh kesah seorang mad’u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’u-nya. “Lalu apa yang ingin anta(kamu) lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang kerana tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Ikhwah itu berkata.

Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. “Akhi, bila suatu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang antalakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad’u terdiam berfikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. “Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan beren

Hilangnya Ulama' Islam

Dalam kesibukan menjalani urusan harian didunia ini, aku terlupa untuk mengikuti perkembangan semasa Dr.Fathi Yakan selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Fathi YakanAlmarhum Dr. Fathi Yakan

Al-Fatihah

Pada 19 Jamadil Akhir 1430 H bersamaan 13 Jun 2009…..ulama dan tokoh gerakan Islam yang terkenal Dr. Fathi Yakan ( rahimahullahu ta’ala ‘anhu ) melabuhkan tirai kehidupan dunianya untuk menghadap Allah Rabbul Jaleel..

Beliau dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli, utara Lubnan. Memiliki PhD dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan tokoh pelopor gerakan Islam sekitar tahun 1950-an. Beliau pernah memimpin Lebanese Al-Jamaa Al-Islamiyah sebuah gerakan dan parti politik Islam di Lubnan dan pernah memenangi kerusi Parlimen. Tokoh yang sangat berpengaruh di Lubnan dan juga seluruh dunia Islam ini telah mengarang sebanyak 35 buku yang telah diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa. Antara buku beliau yang paling popular dan dimiliki oleh hampir setiap ahli gerakan Islam seluruh dunia ialah “Apa Erti Saya Menganut Islam ?”.

Kehidupan keluarga beliau bermula apabila beliau mengahwini Mona Haddad yang kemudiannya sama-sama mengasaskan sebuah universiti Islam swasta, Al-Jinan University.

Sebaik-baik Raja....

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa