Wednesday, December 26, 2012

Di Ambang Tahun Baru !!

    Tidak lama lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirai. Para ibu bapa sibuk membeli pakaian dan kelengkapan untuk anak-anak  mereka memulakan sesi persekolahan yang baru. Pelajar-pelajar universiti pula sibuk dengan 'presentation', persediaan peperiksaan akhir dan macam-macam ragam lagi. Syarikat-syarikat besar sudah bersedia untuk menutup akaun masing-masing untuk mengira keuntungan masing-masing. Orang dewasa sibuk dengan cara mereka tersendiri. Kanak-kanak leka bermain pada cuti persekolahan ini. Remaja masih lagi lepak di kaki lima, pusat membeli belah, lorong-lorong dan jalan raya.

    Apa yang saya khuatirkan adalah masyarakat kita masih lagi tidak mempunyai kesedaran tentang tahun baru ini. Sejak saya lahir lagi saya masih melihat perkara yang sama. Kita masih meniru barat dalam menyambut tahun baru masihi ini. Mungkin bagi sesetengah pihak perkara itu biasa tapi kita lupa diri kita berasal dari mana. Melayu hanya tinggal melayu. Melayu masih leka dibuai dunia. Semakin ramai yang menghidap penyakit "WAHN". Bila sebut tahun baru semestinya ada konsert untuk meraikan tahun baru. 


    Inilah rakyat negara Malaysia. Pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak dijaga. Mengapa semua ini berlaku ? Tepuk Dada Tanya Hati. Sambutan yang sia-sia ini masih disambut oleh bangsa melayu sendiri. Pada pendapat saya tidak salah jika kita ingin meraikan tahun baru tapi biarlah dengan cara yang betul. Tidak perlu kita meniru budaya barat yang boleh merosakkan pemikiran kita semua. Masih ramai yang tidak sedar bahawa Tahun Baru ialah Titik Hitam bagi seorang gadis.

     Zina adalah acara yang terbesar pada tahun baru di mana-mana tempat pun. Malaysia turut terkena bahana ini sehinggakan kita dapat tengok pengguguran bayi dan lahirnya bayi luar nikah. Bayi-bayi ini tidak bersalah. Mereka adalah mangsa-mangsa agenda orang barat yang telah lama 'brainwash' pemikiran rakyat kita. Kelahiran bayi luar nikah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak ketinggalan juga laporan pengguguran bayi dan pembuangan bayi yang semakin banyak. Di mana sifat kemanusian orang melayu kita yang selama ini kita julang ?


GAMBAR PEMBUANGAN BAYI...




     Perkara ini sukar dibendung jika masyarakat kita masih berpegang dengan "Jangan jaga tepi kain orang". Akibat ayat inilah yang membuatkan remaja-remaja dan anak-anak muda mula bertindak di luar batasan dan berlakulah penzinaan, membuli, gejala sosial yang semakin membarah dalam anak-anak muda kita. Salahkah kita cuba untuk menghidupkan suasana ISLAM ? salahkah kita menyebut perkataan ISLAM ?


     Boleh terjadi ke gejala sosial jika kita semua berdoa kepada ALLAH untuk kesejahteraan ISLAM dan MALAYSIA ? Mustahil untuk terjadi jika kita meraikan majlis sebegini.