Saturday, September 3, 2011

Apa Hukumnya ? ?

Ramadhan dah berlalu....terawih dah tiada....bergema suara takbir di angkasa. Datangnya dari surau dan masjid yang berdekatan. Sungguh sayu rasanya. Bulan yang penuh kemulian itu berlalu dengan begitu sahaja. Ibarat angin yang meniup dedaunan yang jatuh di halaman rumah. Tiada sudah bulan yang banyak mengajar erti kesabaran dan erti keikhlasan dalam diriku yang lemah ini. Nampaknya aku terpaksa menempuh 11 bulan yang agak menyeksakan ini. Aku tidak bermaksud bulan-bulan ini yang menyeksakan aku tapi aku bosan dengan roommate aku yang tak diundang untuk bertandang mendampingi aku. huuuhhhh. . Alangkah selesanya jika dia tak akan muncul. Jemu untuk diriku ini melawan kata-katanya. Dia begitu hebat dalam berkata-kata, menggoda dan macam-macam skill lagi. Kerenah dia ini la buat aku bosan sampaikan aku pun terikut. Astaghfrllah.... Setan rupanya. Nasib baik la ada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ini la Cuti Final aku. Masa ni la nak berehat. Itupun kalu anak roommate aku ini tak datang bermanja dengan aku. Tapi kalu tiadanya dia mati la aku. Gamaknya TAK KAHWIN la...hahahahaha...korang pun sama kalu tiada si Dia ini. Siapa lagi kalau bukan si N.A.F.S.U. Teruk-teruk.

Tapi yang dihairankan ini memang rasa tak logik la. Rasanya aku pun pernah buat. Mana tidaknya, orang lain pergi surau untuk bertakbir memuji ALLAh sebab Dia bagi kita bonus bulan ramadahan ni iaitu Hari Raya. Bulan ini la kita patut bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan bulan kesyukuran kepada umatnya. Tapi sayang seribu kali sayang. Anak-anak muda asyik sibuk dengan mercun masing-masing, meriam yang dibuat siap untuk dilepaskan dentuman ke arah langit yang membiru itu. Fuhh... Dasyat-dasyat. Apa sebenarnya hukum bermain mercun ini? Ana tak mahu memberitahu hukumnya. Ana ini bukan ulama' dan bukanlah seorang yang fakih dalam ilmu allah ini.. Tapi ana hanya dapat menimbulkan persoalan kepada yang rasa nak baca post ini. Maklumlah ana ini bukan tersohor. hehe..
Persoalannya :-
  1. Adakah membeli mercun sama dengan membeli rokok?
  2. Adakah membeli mercun sama dengan membeli CD cetak rompak?
  3. Apa pula hukum beli mercun ni?
  4. Adakah bermain mercun sama dengan menghisap rokok?
  5. Adakah bermain mercun sama dengan kita tengok CD cetak rompak tu?
  6. Apa pula hukum bermain mercun ni?
  7. Salahkah sebenarnya sedangkan Anak-anak kastam pun main. ?
  8. Siapa yang salah ini?
Itu saja yang dapat diungkapkan. Jika kita berfikir kembali. Mercun ini kita anggap sebagai benda yang simple sahaja. Tapi adakah kita fikir tentang risiko yang akan dihadapi kepada generasi hadapan?

Mengapa malam raya yang penuh dengan tanda kesyukuran itu diraikan dengan bermain mercun ?Sepatutnya ibu bapa mendidik ana mereka agar ke masjid atau tempat ibadah yang berdekatan untuk bertakbir bersama. Sepatutnya itu berlaku tapi keadaan sekarang menggambarkan suasana malam raya seperti berada dalam situasi medan perang. Memang sesuatu yang sudah dijangkakan. Bila la negara ini dapat merasai suasana yang mana terasa seperti berada di Bumi Harram kat arab itu. hmm... Ini sahaja buat setakat ini. Muhasabbah diri masing2.