Wednesday, April 6, 2011

Dunia Hari Ini..

Mengapa ada yang pernah kata bahawa MELAYU MUDAH LUPA ? Mengapa ada yang mengatakan bahawa MANUSIA TAKKAN PUAS ?

Tengoklah dunia sekarang yang diselubungi oleh bermacam-macam kejadian. Di Malaysia ataupun di mana-mana sekalipun. Jika dilihat di Jepun, negara yang berteknologi tinggi dan mengeluarkan bemacam-macam alat-alat yang canggih. Mereka berjaya menghasilkan teknologi yang dapat menghalang bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi. Namun itu, tiada siapa yang dapat menghalangkan kekuasaan yang Maha Esa bahawa segala bencana yang berlaku mengikut kehendaknya. Inilah kekuasaanya :


gempa bumi jepun 2011



Negara yang berbangga dengan kecanggihan teknologi yang dimilki mereka tumbang dengan kejadian tsunami ini. Perkataan nasib itu selalu dilafazkan oleh manusia. Mengapa? Inilah tanda-tanda peringatan Allah supaya kita tidak lupa apa tanggungjawab seorang yang beragama islam malah kepada semua manusia bahawa segala yang terjadi ini sebenarnya di bawah kekuasaannya. Tapi mengapa akhbar memaparkan benda ini :



Bencana Alam di Jepun


Bencana Alam yang dikatakan oleh media massa. Mengapa tidak mengatakan itu Bala Bencana Oleh Allah? Itulah perkataan yang sukar diungkapkan oleh manusia. Malah ada yang melakar karikatur yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ini menganggapkan benda itu suatu jenaka iaitu :



Paparan kartun yang tidak menggambarkan sensitiviti seluruh rakyat Malaysia



Kreativiti ‘Mangkuk Hayun’ Berita Harian mempersendakan bencana pada rakyat Jepun


KUALA LUMPUR: Tiada pihak, lebih-lebih lagi pengamal media wajar menjadikan tragedi bencana alam sebagai modal kreativiti hingga menyinggung sensitiviti masyarakat dunia, khususnya negara terbabit.



“Bayangkan, kalau kita di tempat mereka dan melihat jenaka kejam ditujukan kepada kita?” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada KeadilanDaily, hari ini.



Beliau menganggap penyiaran kartun itu dalam Berita Harian (BH) sebagai tidak mementingkan nilai kemanusiaan dengan menjadikan peristiwa yang diratapi masyarakat dunia, suatu jenaka.




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu menyifatkan perbuatan akhbar itu tidak menghormati kesedihan dan kesengsaraan rakyat Jepun yang dilanda tsunami paling buruk dalam tempoh 140 tahun.



“Editorial Berita Harian tidak peka dan tidak sensitif terhadap rakyat Jepun sehingga boleh meluluskan kartun tersebut,” katanya, kesal.



Berita Minggu, akhbar mingguan Berita Harian hari ini memaparkan watak hero fiksyen Jepun yang popular di Malaysia, Ultraman Jack melarikan diri dari ombak tsunami di Negara Matahari terbit itu.


Malah, berita mengenai paparan kartun itu turut dipetik media antarabangsa termasuk CNN sekaligus memalukan imej negara di mata dunia.


Bagaimanapun, BH sudah memohon maaf atas penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun itu.


Keadilan Daily





Nota:Setakat itu saja kelayakan untuk menjadi editor BH.


Apalah yang yang ada dalam minda CEO Bh tu.


Habis 1 dunia ketawakan kebodohan editor BH dan wartawan berkenaan.


Kalau dinegeri lain,editor tu dah letak jawatan pun.

-
Kata-Kata oleh abusyahid.wordpress.com



Jadi itu sebenarnya kekuasaan Allah yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang tapi perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Ingatlah diri kita ini seharusnya menilai sejauh mana hubungan kita dengan Allah dan sejauh mana kita menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.