Thursday, August 9, 2012

Aku Memang Terpilih !

     Sudah agak lama tidak beraksi di pentas penulisan ini. Kesibukan dengan program tarbiyyah dan dicampur dengan malas nak buka blog. Tepat jam 11.00 a.m pada 3 Ogos 2012. Bermula dengan umur yang semakin tua, 19 tahun. 19 tahun sudah aku menghirup udara segar di bumi Allah ini. Nikmat yang diberikannya tidak pernah putus. Allah merupakan Al-Rahman dan Al-Rahim. Dia memberikan kita segala-galanya. Aku syukur sangat dengan apa yang diberikan kepada Allah kepada aku. Aku masih diberi peluang untuk hidup di bumi Allah ini untuk merasai nikmat hidup di dunia ini. Ya Allah, betapa sayang Engkau kepadaku. Tapi, adakah sepanjang 19 tahun aku hidup ini aku telah memberikan segala kudrat aku untuk ISLAM? Aku berfikir sejenak. Masih terlalu jauh perjalanan aku dalam perjuangan ini. Masih banyak yang harus aku infakkan kepada Jalan Allah. 19 tahun? terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Adakah Allah akan mengampuni aku? Allah tentu mengampuni hambaNya yang betul-betul insaf dengan segala perbuatan yang lepas.

     Mengapa Allah perlu menguji, memberi cabaran dan memberi balasan kepada seorang yang memperjuangkan kalimah Allah selama ini? aku berfikir sejenak sebab aku sudah lakukan segalanya untuk memperjuangkan agama Allah ini. Aku telah berkorban untuk perjuangan ini Ya Allah. Mengapa kau menyeksa aku sebegini? aku hilang arah dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Apa salah aku untuk kau berikan ujian yang sebesar ini? hati aku semakin sedih. Aku buntu. Semakin lama semakin badanku layu untuk bangkit dengan dugaan kali ini. Salahkah aku untuk menolong orang lain? aku tidak mengharapkan balasan sedikit pun. Cukuplah sekadar aku diberi keberkatan oleh Allah dalam gerak kerja dakwah ini. Ya Allah, bulan ramadhan kali ini penuh dengan ujianmu Ya Allah. Dari awal ramadhan sehinggalah sekarang. Hati aku terseksa. Pedih jiwa ini untuk menahan dugaan yang datang. Banyak perancangan aku tergendala. Kerap diriku ini mengelak dari program tarbiyyah. Aku tidak mampu untuk bertahan seorang diri. Di mana sahabat-sahabatku? aku tidak mahu menyusahkan mereka kali ini. Biarlah aku disakiti atau dikeji asalkan tiada pihak yang dipersalahkan.

     Kalau hendak diikutkan hati ini mahu sahaja aku lari dari masalah aku ini. Memang masalah ini samada ujian Allah atau balasan Allah di atas perbuatan aku dulu. Terdetik hati untuk berjumpa naqib usrah aku. Dia pakar dalam hal ini. Aku mesti selesaikan perkara ini. Roh perjuangan aku kembali. Aku mesti bangkit. Aku meluahkan segalanya kepada naqibku. Sebenarnya tidak perlu kita meluahkan masalah kita kepada rakan perempuan kita. Ia akan membawa padah sebenarnya. Lebih baik kita luahkan kepada seorang murabbi yang mendidik kita. Dia bagi aku cara-cara untuk menyelesaikan masalahku ini. Aku cuba pelbagai cara yang diberikan dia. Ya Allah, tiada satu pun yang berjaya aku lakukan. Apa lagi harus aku cuba untuk hindarkan perkara ini. Aku takut satu perkara sahaja. Aku takut perkara ini diketahui umum dan ia akan menjadi fitnah kepada diriku ini. Tolonglah Ya Allah, hambaMu ini telah insaf dengan apa yang dibuatnya dahulu. Cukuplah kau berikan kepada aku. Aku sudah tidak mampu untuk menghadapinya. Namun itu, naqib aku mencadangkan solusi yang aku rasa cara ini amat berisiko. Cara ini bukan perkara main-main. Tapi aku cuba menerima cadangannya itu. Aku menunggu dengan penuh sabar dengan cara kali ini. Aku cuba untuk selesaiakan ia dengan segera. Masalah ini menyebabkan aku solat terawih pun x khusyuk. Apa yang tidak kena dengan aku pun aku tak tahu.

     Akhirnya, semuanya tidak berhasil. Segala yang aku lalui ini begitu perit. Malah aku lalui benda ini di bulan ramadhan. Pernah aku baca suatu buku itu. Allah takkan memberikan ujian atau dugaan kepada hambanya yang tidak mampu. Aku tersentak. Aku mampu lalui perkara ini sebab aku pejuang Allah. Allah memberi aku ujian yang mampu aku lalui. Aku memang terpilih. Aku dipilih Allah. Tapi, Betulkah ini ujian Allah ? atau ia kifarah di atas dosa-dosa ku yang lepas. Aku menangis di dalam kereta ummiku ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu. Allah sayang kepadaku. Allah beri aku ujian untuk aku tabah menghadapi cabaran di Alam Kampus nanti. Allah nak suruh aku menjadi pemimpin yang hebat. Jika dugaan ini sebenarnya balasan Allah di atas dosaku yang lepas. Aku amat bersyukur kerana Allah hendak mengajar aku. INI TARBIYYAH ALLAH DI BULAN RAMADHAN. Aku nak bagitahu kamu semua bahawa hadapilah segala masalah atau keputusan dengan hati yang terbuka. Tabahlah dalam menghadapi segala ujian Allah nanti. Rebutlah Peluang Di Malam Lailatul Qadar Ini. Semoga Doa Dimakbulkan Oleh Allah .