Sunday, May 6, 2012

Kenangan Tarbiyyah Perantau Ilmu !!

Salam Perjuangan Sekalian .

     Sekian lama merantau di negeri orang akhirnya dapat juga kembali ke negeri sendiri . Bukan mudah untuk kita menyesuaikan diri di tempat orang kerana suasana yang ada di sana tidak seperti suasana di negeri sendiri. Tapi ia bukan menjadi penghalang untuk ana meneruskan sesi pentarbiyyahan diri yang penuh lemah ini. Kenangan di sana tidak dapat dilupakan kerana di situ tempat yang banyak mengajar erti kehidupan. Aku tidak akan lupakan di saat di tarbiyyah murabbi yang banyak mengajar aku erti perjuangan untuk menentang kejahilan yang berleluasa sekarang ini.

     Di awal permulaan tidak ku lupa saat-saat aku memasuki pintu hadapan tempat pengajianku. Rasa sedih kerana aku terpaksa meninggalkan keluarga jauh dari mata ini. Bermula di saat itu aku bertekad untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Kali ini aku tidak ada tempat bergantung lagi. Tiada kawan-kawan yang bersama dalam kehangatan tarbiyyah di zaman persekolahan dahulu. Satu persoalan yang bermain diminda ketika itu. Adakah aku akan dapat sahabat yang betul-betul boleh bersama aku untuk membentuk diri ini untuk menggapai keredhaan Allah S.W.T. ? Adakah aku akan dapat sahabat yang dapat memahami aku? Bolehkah aku berjuang bersama mereka? Ohh, TIDAK !! Tidak seharusnya kuberfikir sesuatu yang kecil ini. Inilah yang dikatakan oleh naqibku ketika di sekolah dulu : Amni, ana yakin enta boleh !! Ana yakin enta boleh jadi seorang yang hebat !! Ana yakin enta boleh lakukan yang terbaik dalam hidup enta !! Jangan bersendirian kerana Rasullullah pernah bersabda : Seekor kambing akan diterkam oleh serigala, apabila kambing itu berada dalam kawanannya maka serigala itu tidak akan berani menerkamnya. Rasulullah mahu kita mendirikan solat berjemaah kerana solat bersendirian itu membuatkan kita akan diganggu oleh syaitan. Begitu juga jika aku !! JIka tidak bersama orang yang ditarbiyyah dan yang selalu hidupnya hanya mencintai allah bermakna aku akan jatuh dan tak akan bangun lagi. Pesanan Naqibku itu amat bermakna di saat aku takut untuk menghadapi apa yang akan berlaku nanti.

     Sejak itu, aku mencari sekolompok manusia yang cuba menghidupkan suasana ISLAM itu sendiri. Mereka bukan orang Kelantan. Mereka kebanyakannnya orang luar Kelantan. Dialek bahasa yang lain tidak membuatkan aku gelabah kerana aku boleh dikatakan mahir bercakap dalam dialek utara ini. Baru kutahu sahabat-sahabat aku ini ramai yang berkebolehan dan berbakat. Di situ aku mengenali mereka. Makan bersama dengan mereka mengingatkan aku di zaman persekolahan dahulu, betapa sebaknya hatiku ketika itu. Aku tidak suka orang lain tengok aku dalam kesedihan. Oleh itu, aku sentiasa senyum walau hatiku ini berduka kerana bagiku mereka ini yang dapat menyedarkan aku suatu haru nanti ketika mana aku tersungkur di medan perjuangan. Tapi Allah telah mengatur segalanya. Aku dikecam oleh sahabat-sahabat kerana aku ini tidak ubah seperti manusia yang dikatakan oleh Allah dalam surah As-Saff ayat ke-2 dan ke-3 :

"Wahai Orang-Orang Yang Beriman ! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan, Perkara Ini Sangatlah Dibenci Di sisi Allah Jika Kamu Mengatakan Apa Yang Tidak Kamu Lakukan"

Pedih hatiku bukan kerana mereka menegur daku dengan sikapku yang tidak menyenangkan mereka, kata-kataku yang tidak aku lakukan tapi CARA mereka itu membuatkan aku tawar hati dengan cara mereka itu. Mengapa Perlu Kita Memendamkan Hati Dan Perasaan Kita Untuk Sekian Lama Untuk Menegur Sahabat Kita Yang Membuat Kesalahan Ini ?? Aku Tidak Kisah Aku Dimalukan Di Hadapan Perempuan Sekalipun !! Kesedihan aku ini kerana mereka tidak ikhlas menegur aku . Mereka tegur daku hanya untuk memuaskan hati mereka sahaja. Aku begitu terkilan. Namun itu, aku tak akan sesekali membuat mereka tahu aku sedih. Aku cuba senyum untuk memuaskan mereka. Aku sanggup derita untuk melihat sahabatku bahagia. Aku cuba melupakan Duka hidupku ini. Aku cuba membuka lembaran buku yang baru dalam hidup ini. Aku cuba ubah diriku ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi . Nyanyian P.Ramlee dalam ingatanku ketika itu. Iman ini akan pasang dan surut. Jika kita pandai mem 'balance' iman kita, I.Allah hati kita akan terjaga.

     Setelah hampir setahun bersama sahabat-sahabat di tempat pengajian ini. Wa Makaru Wa Makarallah, Wallahu Khairul Makirin. Inilah dikatakan bahawa Allah itu sebenarnya Maha Berkuasa. Allah boleh menentukan apa sahaja untuk diri ini. Allah dapat menentukan jalan mana yang sesuai dengan kita. Kita yang akan mencantikkan jalan yang kita yang lalui itu dengan sendiri dan bukan orang lain kerana Allah tak akan mengubah sesuatu golongan itu melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri. Jangan jadikn teguran sahabat-sahabat kita itu menjadi penghalang anjakan paradigma dalam diri kita itu. Salah satu cara dalam megubah diri ini dengan mengaplikasikan segala teori yang kita dapat dalam bentuk yang dapat orang fahami. Syukran sahabat dan sahabiyyah sekalian. Samada generasiku di sekolah dahulu mahupun  generasi ini. Mereka merupakan sahabat yang kusayangi kerana Allah S.W.T . Allah menjadikan seorang yang hebat itu di samping orang yang memerlukan. Jika orang kata aku hebat, aku akan katakan bahawa aku berkawan dengan orang yang hebat, sebab itulah aku menjadi seorang yang hebat. Hebat manapun kita dalam perjuangan, hebat lagi Allah menciptakan Alam Ini. Inilah pentarbiyyahan yang penuh dengan cabaran. Tarbiyyah daripada ALLAH, MURABBI dan TEMAN-TEMAN seperjuangan sekalian. Jangan Katakan aku tak boleh jika belum lakukan ia. Jangan katakn tidak jika tak pasti betulkah fakta itu. Tegakkan Kebenaran Dan Runtuhkan Kejahilan .