Tuesday, December 22, 2009

Amalkn...

semua amal yang kita lakukan untuk usaha agar agama yang sempurna tersebar keseluruh alam, mahupun bagaimana agama yang sempurna dapat datang kedalam diri dan keluarga kita adalah sebenarnya untuk memajukan diri kita sendiri.Melalui usaha ini, Allah akan mengangkat darjat seseorang dan untuk mereka yang gigih bermujahadah diatas jalan Allah, merekalah yang pertama-tamanya mendapat keuntungan dalam bentuk hidayat (petunjuk) menuju kearah kebenaran dan kehidupan yang diredhai Allah, dan malah dari itu, Allah akan menjadikan mereka asbab khair, punca kebaikan untuk semua.
Usaha-usaha yang dilakukan adalah keatas Iman dan amal solehan. Biasanya, kalau kita memperkatakan tentang amal-amal solehan, iainya terbahagi kepada dua iaitu amal Ijtimai (berjemaah atau beramai-ramai seperti solat berjemaah, majlis-majlis agama, masyuara dll) dan amal infiradi (amalan solehan yang dilakukan bersendirian seperti berzikir, tilawat Al Quran, solat sunat dll)
Kelebihan amal Ijtimai dengan amal Istimai adalah seperti lautan jika dibandingkan dengan air yang setitik. Amal Ijtimai yang dilakukan dalam keadaan beramai-ramai, biasanya ganjarannya begitu tinggi namun masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Tanpa air setitik, bagaimanakah untuk menghasilkan air selautan dan malah kita pernah mendengar perbahasa "kerana nila setitik, habis susu sebelangga dirosakkan".
Sebegitulah pesan Maulana Inamul Hasan rah: "Melalui amal Infiradi, amal Ijtimai akan mempunyai kekuatan. Perhatian khas hendaklah diberikan didalam berzikir dan membaca Al Quran dengan beristiqamah".
Salah satu kelebihan amal Ijtimai adalah dapat melindungi dan menampung kekurangan diri. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, yang lebih kurang maksudnya, bahawa bila seekor kambing biri-biri keseorangan, maka mudahlah untuk serigala membahamnya dibandingkan dengan kambing biri-biri yang berkumpulan, sebagaimana itulah, bila seseorang itu sentiasa bersendirian, maka mudahlah untuk syaitan mengoda atau menghasutnya, dibandingkan bila seseorang itu dalam berjemaah. Contohnya bila seseorang itu berjemaah atau duduk bersama kumpulan-kumpulan yang menyeru dan mengamalkan kebaikan, dapatlah dia untuk nasihat-menasihati, bertukar-tukar pandangan, bermasyuara tentang hal-hal penting, belajar sifat-sifat mulia dari yang lain, belajar memahami perasaan orang lain serta belajar bertolak-ansur dan mahupun dapat menghakis perasaan segan diri yang tidak bertempat.
Kerana itu, memang ditekankan akan kepentingan amal Ijtimai seperti contoh solat berjemaah yang mana merupakan salah-satu sunnah terbesar Rasulullah s.a.w dan para-para Sahaba r.a. Rasulullah s.a.w, sepanjang riwayatnya diMadinah, sentiasa bersolat berjemaah. Sebegitu juga solat Jumaat yang mana menghimpunkan para penduduk disatu-satu qariah pada setiap hari Jumaat adalah begitu ditekankan untuk dikerjakan oleh pihak lelaki muslim.