Friday, December 9, 2011

Bermulanya Kebangkitan HAK !!

Alhamdulillah, Ikhwan Muslimin menang besar dalam pusingan pertama undi di Mesir. Daripada 52 Kerusi ulangan, Ikhwan menang 34 kerusi, Salafi Hizbun Nuur 5 kerusi. Yang lain dimenangi parti liberal dan bebas. Bukan sahaja Amerika dan Israel, malah pemimpin negara-negara Arab yang diktator juga bimbang dengan perkembangan di Mesir, kerana jika Ikhwan memerintah, ia akan menjadi model pentadbiran negara Islam, yang bakal dikuti 22 negara Arab di Teluk.

MURSYIDUL AM Ikhwan Muslimin Mesir, Ustaz Dr Mohamad Badi’e (محمد بديع) Abdul Majid adalah Mursyidul Am ke sembilan Ikhwan Muslimin atau dikenali dengan nama Muslim Brotherhood. Sebelum menjadi panduan umum, Ustaz Dr Mohamad Badi’e (محمد بديع) telah menjadi ahli majlis Biro Bimbingan, sejak tahun 1996. Badi'e dilahirkan di bandar perindustrian, Mahallah al-Kubra (المحلة الكبرى) pada 7 Ogos, 1943. Beliau mengambil ijazah dalam bidang perubatan veterinar di Kaherah pada tahun 1965. Beliau pernah dijatuhkan hukuman 15 tahun di dalam penjara oleh tribunal tentera. Ikhwanul Muslimin diasaskan oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Imam Hassan al-Banna dibunuh tentera Mesir di bawah pemerintahan Raja Farouk pada tahun 1949. Syahidnya kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.


Selepas demonstrasi rakyat yang dikenali (tsaurah) bermula 25 Januari 2011 berakhir dengan pengumuman Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 13 Februari, parti Umno Mesir yang berkuasa penuh dengan mandat besar turut tumbang, dengan penuh kehinaan. 25 Januari diisytihar sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Mesir sebagai lambang pembebasan dari cengkaman diktator Hosni Mubarak.

Malah, al-Hizbul Watani yang dipimpin Hosni Mubarak, anak beranak dan kroninya diharamkan oleh Mahkamah Mesir. Seluruh hartanya disita. Paling malang setelah berkuasa lebih 30 tahun, ibu pejabat Parti Kebangsaan yang menjadi lambang keangkuhan pemerintahan diktator Hosni Mubarak dibakar akibat amarah rakyat. Bayangkan, seorang Presiden, diktator besar dan anak beranaknya hidup penuh dengan kemewahan dan kekayaan, membina penjara untuk musuh-musuh politiknya, kini disumbat dalam penjara yang sama. Mana-mana pemimpin yang zalim harus menjadikan peristiwa ini sebagai pengajaran, ingatlah Allah Maha Berkuasa menghukum sesiapa sahaja yang zalim.

PERGERAKAN Ikhwanul Muslimin yang didaftarkan nama parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah memenangi pilihan raya parlimen Mesir. Keputusan awal dari pilihan raya pertama selepas revolusi Mesir menunjukkan pihak Islam yang menyapu kemenangan. Angka-angka bagi kawasan-kawasan yang mengundi pada hari Isnin dan Selasa, mengesahkan ramalan awal bahawa parti-parti Islam akan menang sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu. Keputusan penuh selepas pusingan pertama, yang menyaksikan 62 peratus keluar mengundi, sepatutnya dikeluarkan pada hari Rabu tetapi telah ditahan oleh suruhanjaya pilihan raya.

Parti yang didirikan kelompok Ikhwanul Muslimin iaitu Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) hampir dapat dipastikan akan meraih separuh dari kursi parlemen. Parti ini bukan satu-satunya kelompok Islam yang ingin mewarnai babak baru Mesir pasca-Mubarak. Masih ada kelompok Salafi dan sejauh ini belum jelas apakah Ikhwanul Muslimin dan Salafi bersedia bekerja sama.

Parti Kebebasan dan Keadilan kemungkinan besar akan meraih suara terbanyak sejak awal memperkenalkan diri sebagai parti moderat. Sebaliknya kelompok Salafi, yang mungkin akan menjadi pemenang kedua, secara terbuka mengatakan, akan melarang secara total minuman keras dan memisahkan antara laki-laki dan perempuan.


BUKTI DARI BERITA HARIAN

2011/12/08

SEBAHAGIAN petugas pilihan raya membuat kiraan undi di Kaherah, Mesir, semalam.
SEBAHAGIAN petugas pilihan raya membuat kiraan undi di Kaherah, Mesir, semalam.
KAHERAH: Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.

Parti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata, mereka menang 36 daripada 56 kerusi yang diberikan kepada calon individu dalam undian yang tamat kelmarin.
Pergerakan Islam itu sudah pun menang hampir 37 peratus undi dalam pilihan raya pusingan awal yang memberikan kerusi menurut senarai parti.
Sayap politik Ikhwanul Muslimin itu dan blok Islam lain setakat ini menguasai pilihan raya pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu, dengan parti liberal ketinggalan.

Parti Al-Nour berada di tempat kedua selepas Ikhwanul Muslimin, menang hampir satu perempat daripada undian dalam pemilihan bagi senarai parti lewat November lalu.

Jurucakap parti itu, Yousseri Hamed, memberitahu The Associated Press semalam, kumpulannya menang sekurang-kurangnya lima kerusi tambahan dalam pilihan raya pusingan kedua itu. Undian masih dikira.

Bagaimanapun, sebahagian calon Islam lain berdepan saingan hebat di Kaherah. Calon Parti Keadilan yang lebih liberal, Mostafa al-Naggar, berkata dia mengatasi calon Ikhwanul Muslimin dalam undian pusingan kedua itu.

Sementara itu, pergerakan Islam berkenaan berkata, salah seorang calon mereka mengalahkan calon kontroversi Al-Nour, Abdel-Monem el-Shahat, di Iskandariah.

El-Shahat mencetuskan kekecohan ketika kempen pengundian dengan berkata novel tulisan pemenang Hadiah Nobel Sastera Mesir, Naguib Mahfouz, yang dibaca secara meluas di sekolah di negara itu sebagai pelacuran.

Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Islam lain sudah sekian lama menawarkan perkhidmatan sosial dan perubatan kepada berjuta-juta penduduk miskin Mesir, yang memberikan mereka sokongan politik.

Undian untuk 498 anggota Parlimen diadakan dalam tiga tahap, dengan dua pertiga daripada penduduk negara itu masih belum membuang undi.

Sementara itu, kerajaan sementara yang diterajui Perdana Menteri dilantik tentera dijangka mengangkat sumpah semalam.

Mereka cuma mentadbir Mesir sehingga undian untuk kedua-dua dewan di Parlimen diputuskan Mac ini.

Kamal el-Ganzouri dinamakan sebagai Perdana Manteri bulan lalu selepas pentadbiran sementara terdahulu meletak jawatan berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.

Pelantikan el-Ganzouri sepatutnya memenuhi tuntutan penduduk awam yang mahukan kerajaan lebih berkuasa dan mampu berdepan dengan ketidakstabilan, ketegangan sosial dan krisis ekonomi yang melanda negara itu. AP